Saturday, September 12, 2009

Surat Dari Datuk.....

Dr.Fadhilah Kamsah

Assalammualaikum. .....


Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...


Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..


Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...


Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.


"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...


Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Sunday, August 23, 2009




KKR_Amal Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kepada Semua Umat Islam

Aktiviti Ramadhan 2009

TarikhHariAcaraTempat
2 sept/13 ramadhan
Rabu
Jemputan Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor
Universiti Putera Malaysia
3 sept/14 ramadhan
khamis

Jemputan berbuka puasa di Institut tadbiran Awam Negara(INTAN)

Bukit Kiara
4 sep/15 ramadhan
Jumaat
Majlis Perasmian KKR dan Majlis Berbuka Puasa
Dewan MFI (UNIKL)
5 sept / 16 ramadhan
Sabtu
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelab Motorbike Ninja 250 Z
Kompleks Kebajikan Rukaiyah
6 sept / 17 ramadhanAhad
Nil
Nil
7 sept / 18 ramadhanIsnin
Majlis Berbuka Puasa Anjuran SMK Maahad Hamidiah
Masjid Teras Jenang
8 sept / 19 ramadhanSelasa
Majlis Berbuka Puasa Bersama keluarga Kak Chah
Kompleks Kebajikan Rukaiyah
9 sept / 20 ramadhanRabu
Majlis Berbuka Puasa Bersama Perstuan Penduduk Seksyen 3 Bangi
Rumah Penduduk Seksyen 3
10 sept / 21 ramadhanKhamis
NilNil
11sept / 22 ramadhanJumaat
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Universiti Sains Islam Malysia USIM
Kompleks Kebajikan Rukaiyah
12 sept / 23 ramadhanSabtu
Program Beli Baju Raya Dan Majlis Berbuka Puasa
Kompleks Kebajikan Rukaiyah
13 sept / 24 ramadhanAhad
12.00pm Ceramah Motivasi oleh Kump. NISA' Serdang

6.30 Majlis Berbuka Puasa Bersama Kariyah Surau Al-falah
Surau Al-falah Sungai Merab
14 sept / 25 ramadhanIsnin
NilNil
15 sept / 26 ramadhanSelasa
NilNil
16 sept / 27 ramadhanRabu
Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Tuan Hj Azril Pengurusi IOA
Sungai Merab
17 sept /28 ramadhanKhamis
Cuti Raya
-
18 sept /29 ramadhanJumaat
Cuti Raya-
19 sept /30 ramadhanSabtu
Cuti Raya-

Wednesday, August 5, 2009

KKR-Amal

kompleks Kebajikan Rukaiyah merupakan sebuah pusat penjagaan anak - anak yatim / miskin dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM cawangan Bangi. Rumah kebajikan ini beroperasi pada Januari 2007. Tujuan dibuka rumah kebajikan ini adalah untuk membantu dan memberi sumbangan dan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan terutama yatim atau miskin supaya mereka tidak tersisih dari pendidikan. Anak - anak yatim atau miskin ini juga berada di bawah program Children Welfare Sponsership Programme (CWSP) Islamic Outreach ABIM cawangan Bangi.

Objektif

  • Untuk Memberi dan membantu anak anak yang miskin terutama yatim atau yatim piatu
  • Menolong memberi dan pendidikan fardhu ain dan fardhu kifayah kepada mereka agar mereka nanti menjadi insan yang berakhlak.
  • Mendidik mereka untuk hidup secara berdikari dan mewujudkan semangat ukuwah sesama mereka.

Sumbangan dan Bantuan

Kini Kompleks Kebajikan Rukaiyah masih merupakan kompleks yang belum mepunyai kewangan yang tetap. maka kami menyeru kepada masyarakat supaya dapat menghulurkan bantuan dana untuk pengurusan anak anak yatim ini. isya'Allah segala sumbangan Tuan/Puan akan mendapat keredhaan-Nya. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan boleh di buat menerusi no akaun dibawah atau terus hubungi kami seperti di alamat yang di sediakan

No Akaun:

Atas nama : KKR-Amal

1237-0000069-10-8 (CIMB-ISLAMIC) [KKR-Amal]

12029010050609
(BANK ISLAM ) [KKR-Amal enterprise]

(Pengecualian Cukai Boleh Diuruskan Dengan Permintaan)





Terima kasih kerana Menderma






Hubungi Kami

Kompleks Kebajikan Rukaiyah KKR- Amal

Pusat Jagaan Kanak kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
No. 17 & 18, Lot 3283 Simpang MPI,
Sungai Merab Luar
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89267176
Fax: 03-89250563
E-mail: anakyatim_kkr@yahoo.com

Datin Hjh Hasnah Bt Husin 019-3919795 / 019-205 97 95
Cik Mastura Bt Hj Md Arof 019-5614539 / 019-673 7176
En Azrul Hisham Bin Abd Halim 014-241 78 96 / 019-390 71 76